Cintakah Aku 10

Selamat petang,


Biasanya lau aku sambong cite neh mst the mostly dat day was jumaat kan...ehekssssss...
secara kebetulan sahaja kot........xpon sebab aku hanya ada mood pada ari jumaat jek.....
Tapi xjugak,pagi2 tadik aku dah bad mood jek....swingggg tOl mood aku nie...
Nak kata pompuan xwaras kang aku marah plak....xpe xpe aku kutuk sendiri eh....


Oooppppss....kite nk smbung t hospital ritu ek....


Macamana aku nk start eh.....
macam perkara bermain kt benak aku skang neh.....aku sendiri xtaw kenapa jadik cmni....
Adakah kerna aku da semakin 'tua' atau semakin dekat tarikh nk ke Tanah Suci aku semaki nervous tak bertempat......ayooohaiiii...tulun tulun tulun.... 


Ermmm.....lepas kejadian en acid berupaya membuatkan hati aku cair,dia selalu membuat lawatan peribadi ke rumah aku(bukan masok umah,dtg amek g kua la),boleh dikatakan tetiap ari dia akn datang membawa aku makan,minum,meronda2,bercandaria(dah macam lagu arwah sudirman jek).Tiap2 ari aku akan ditatang seperti aku lah sorang2 nya kekasih hati yg dia ada......dlm pada tuh bukan aku taw pon dia ade kekasih or tak kan.....en acid kata lah cmtu......


Perasaan aku makin lama makin berubah terhadap dia.aku mula belajar mencintai dan menyayangi dia.aku belajar tuk menghormati dia.aku belajar tuk menjaga hati dia walaupon aku taw aku tak mampu tuk bagi yg terbaik pada diri dia.Dia pula mmg boleh bagi segala yang terbaik umtuk aku......dia berusaha ke arah itu sampai lah saat ini.....Segala yg dia buat adalah untuk aku,diri aku dan segala2 nya tentang aku......smpaikan aku sendiri tidak paham kenapa dia boleh menyayangi sebegitu rupa.Aku mmg xmengharapkan diri disayangi sedemikian rupa sebab seumor idOp aku mmg tidak pernah ada org menyayangi aku hatta ibi dan ayah aku sekalipon......aku masih terasa diri dikhianati,dicaci,dibenci oleh insan yg melahirkan aku sendiri.Aku masih terasa disisih,dipinggir,diabai oleh insan yg bernama ayah.........aku tak tahu dan tak paham  macamana insan 
yg bernama Rashid bin kasim boleh menyayangi aku seperti itu.Sedangkan di sekeliling aku sendiri yg dikelilingi oleh kaum keluarga sendiri boleh membuang aku jaoh2 dari kehidupan mereka.Apa salah aku?????? mesti ada yg tertanya2 apa salah aku smpai famili sendiri tidak menerima kehadiran aku....................smpai skang aku tak tahu apa jawapan yang harus aku berikan.......aku sendiri TIADA jawapan untuk itu........itulah yg dinamakan KETENTUAN TUHAN.....


Sejak dari aku TIDAK disyangi keluarga sendiri aku tidak pernah IKHLAS tuk sayangi insan lain......termasuklah en acid.cuma secara perlahan aku mesti belajar sayangi dia dengan sepenuh hati.......insyaallah.....dengan perkataan itu smpai skang kasih sayang aku kekal bersama dia.....
Ohhh tidak....ke mana kah episod yg aku bawa sebenarnya ini.....


Jangan salahfaham....mmg episod ini ade kaitan dengan apa yg aku tulis kali ini.cuma tersasar sedikit sahaja dari penulisan awal.aku cuma nk menerangkan kenapa aku xboleh menerapkan nilai kasih sayang terhadap orang lain..........cuma kali ini banyak berkisar tentang en acid.Memang dia insan paling penyabar ,penyayang,kelakar yang aku temui sepanjang hidup aku.Kalau hendak dibandingkan dengan aku yang baran,egois,kasar dan ntah pape lagi lah.En acid mmg banyak cuba membentuk peribadi aku menjadi lebih baik sebagai seorang kekasih dan isteri.Mementingkan penampilan aku dulu yang selekeh telah di ubah menjadi seorang wanita yg lebih feminin dan sedap mata memandang,semua itu daripada konsultansi percuma yang en acid bagi........


Sesungguhnya en acid mmg layak di gelar doktor peribadi aku......
En. Acid telah merawat segala duka lara yang tersimpan rapi dalam diri aku selama ini....
Semoga tuhan memberkati hidup dia......Amin......




Rasanya cukup lah setakat ini dulu........kite sambong selepas aku balek dari umrah nanti okey.....
terima kasih daun keladi,umur panjang kita jumpa lagi.....


sekian.